PENGUMUMAN

Bantuan Kewangan COVID-19 Untuk Pemegang Polisi

Soalan Lazim Umum

1.  Adakah pelan insurans perubatan dan perjalanan RHB Insurance melindungi perbelanjaan yang berkaitan dengan COVID-19?
Semua produk insurans perubatan RHB Insurance tidak menyediakan perlindungan untuk COVID-19 dibawah Pengecualian Am Penyakit Berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang (iaitu pandemik). Walau bagaimanapun, Insurans Perlindungan Perjalanan Tahunan dan Perlindungan Perjalanan Tambahan kami tidak mengecualikan penyakit berjangkit, termasuk wabak atau pandemik dengan syarat anda mematuhi nasihat pihak berkuasa yang berkenaan mengenai kesihatan dan keselamatan perjalanan sebelum perjalanan anda.

1

Skim Ansuran Premium Cov-Aid yang ditawarkan oleh RHB semasa COVID-19

1. Skim ini ditawarkan melalui permohonan, kelulusannya akan dinilai mengikut kes, berdasarkan kelayakan setiap permohonan.


2. Bantuan ini bermatlamat untuk mengekalkan perlindungan kepada pemegang polisi terutamanya PKS yang berhadapan dengan kekangan kewangan sementara yang berpunca daripada pandemik COVID-19.

Kelayakan

Individu dijangkiti, yang tertakluk kepada kuarantin di rumah secara mandatori atau mengalami kehilangan pendapatan*; dan

PKS** yang mengalami kehilangan pendapatan akibat kesan ekonomi yang berpunca daripada situasi COVID-19.

Tarikh perlu bayar premium dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021 (termasuk kedua-dua tarikh).

Amaun premium RM1,500 dan ke atas.

Pemegang polisi sedia ada dan baru boleh memohon skim ini.

Semua kelas dengan perlindungan insurans lebih 6 bulan, kecuali insurans motor.

*Contoh kejadian yang membawa kepada kehilangan pendapatan: pembuangan kerja, pemotongan gaji dan komisen untuk individu; dan kehilangan pendapatan perniagaan untuk yang bekerja sendiri dan PKS.

**Sila rujuk Lampiran 1.

Soalan Lazim

Kelas yang Layak
Kemalangan Diri, Rawatan, Kredit Bon/Perdagangan, Kebakaran, Pelbagai, Kejuruteraan, Liabiliti, Kargo Marin, Kapal Marin, Pakej
Kelas yang Tidak Layak
Motor
1.  Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon?

Borang Permohonan untuk Skim Ansuran Premium hendaklah dihantar menerusi emel atau serahan tangan berserta keterangan ringkas bagaimana anda terkesan akibat pandemik COVID-19, termasuk sebarang kehilangan pendapatan; dan


Bukti berdokumen kehilangan pendapatan:

  • Individu : Slip gaji 3 bulan kebelakangan, surat pembuangan atau pemberhentian kerja.
  • PKS : Sebarang dokumen sokongan.


Anda boleh menyerahkannya menerusi ejen, cawangan atau jabatan Perkhidmatan Pelanggan kami di:

RHB Insurance Berhad
Level 12B, West Wing, The Icon
No 1, Jalan 1/68F, Jalan Tun Razak,
55000 Kuala Lumpur
Tel: 1300 220 007
Emel : rhbi.general@rhbgroup.com

2.  Bilakah saya akan menerima keputusan permohonan saya?

Sekiranya diluluskan:

  • Anda akan dimaklumkan mengenai Surat Tawaran berserta Lampiran terma dan syarat penerimaan menerusi emel.
  • Anda perlu menandatangani dan mengembalikan Surat Tawaran dan Lampiran tersebut, serta sampai kepada kami mengikut bilangan hari seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran tersebut.


Sekiranya ditolak:

  • Anda akan dimaklumkan menerusi emel.
  • Premium tertunggak akan perlu dibayar serta-merta atau mengikut tempoh waranti premium.


Proses permohonan akan mengambil masa 10 hari bekerja.
3.  Bagaimana Skim Ansuran berfungsi?
Premium Perlu Dibayar Bil. Ansuran
  • RM1,500 – RM5,000
sehingga 3 bulan
  • >RM5,000
sehingga 6 bulan

Ansuran pertama akan perlu dibayar dalam bulan pemulangan Surat Tawaran dan Lampiran yang ditandatangani atau 1 bulan selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan, yang mana kemudian.

4.  Bilakah saya perlu mula membayar ansuran premium?

Sekiranya diluluskan, ansuran pertama akan perlu dibayar dalam bulan pemulangan Surat Tawaran dan Lampiran yang ditandatangani atau 1 bulan selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan, yang mana kemudian.


Ansuran seterusnya hendaklah dibuat pada atau sebelum tarikh perlu dibayar; jika tidak, baki premium akan perlu dibayar sepenuhnya.

5.  Apakah yang akan terjadi kepada perlindungan insurans saya sekiranya saya gagal membayar ansuran?
Polisi tersebut akan dibatalkan mengikut terma dan syarat polisi. Namun begitu, kewajipan anda untuk membayar premium untuk tempoh yang menjadi risiko masih kekal.

Mohonlah Skim Ansuran Premium Cov-Aid RHB

Mohon sekarang

2

Skim Bantuan Premium COV-AID yang ditawarkan oleh RHB semasa COVID-19

Bantuan sementara pembayaran premium oleh PKS yang terjejas
teruk disebabkan pandemik COVID-19 dan PKP.

1. Skim ini ditawarkan melalui permohonan, kelulusannya akan dinilai mengikut kes, berdasarkan kelayakan setiap permohonan dan tertakluk kepada jumlah dana skim sebanyak RM5 juta.


2. Bantuan ini bermatlamat untuk mengekalkan perlindungan kepada pemegang polisi terutamanya PKS yang berhadapan dengan kekangan kewangan sementara yang berpunca daripada pandemik COVID-19.

Kelayakan

PKS* yang mengalami kehilangan pendapatan akibat kesan ekonomi situasi COVID-19.

PKS dengan polisi yang bermula antara 1 Januari 2021 dan 31 Disember 2021 (termasuk pada kedua-dua tarikh), tertakluk kepada ketersediaan dana di bawah skim ini.

Pemegang polisi baru dan sedia ada boleh memohon skim ini.

*Takrif PKS oleh BNM diringkaskan kepada 2 kategori:

1. Pembuatan: Perolehan Jualan tidak melebihi RM50 juta ATAU kakitangan sepenuh masa yang tidak melebihi 200 orang; dan

2. Perkhidmatan dan Sektor Lain: Perolehan Jualan tidak melebihi RM20 juta ATAU kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.

Soalan Lazim

1.  Apakah kelas insurans yang terlibat?
Secara amnya semua kelas insurans. Namun begitu, Syarikat berhak untuk mengenepikan sebarang kelas insurans yang tertentu.
2.  Bagaimana Skim Bantuan Premium COV-AID berfungsi?

  • Peratusan bantuan premium adalah dalam lingkungan 10% hingga 50%, bergantung kepada tahap kesan COVID-19 kepada pelanggan.
  • Bantuan maksimum bagi setiap pelanggan adalah RM5,000. Tiada had bagi bilangan polisi yang layak untuk PKS.
  • Sah untuk amaun premium polisi yang lebih daripada RM1,000.
  • Bantuan premium ini adalah premium kasar sebelum cukai perkhidmatan dan duti setem.

3.  Bagaimana cara memohon Skim BantuanPremium COV-AID?

  • Borang Permohonan untuk Skim Bantuan Premium ini hendaklah dihantar menerusi emel atau serahan tangan berserta keterangan ringkas bagaimana anda terkesan akibat pandemik COVID-19, termasuk kehilangan sebarang pendapatan;dan
  • Dokumen sokongan sebagai bukti kehilangan pendapatan.
  • Hanya premium bagi polisi yang akan diperbaharui dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan akan dipertimbangkan untuk bantuan. Permohonan berasingan mesti dibuat untuk bantuan premium bagi polisi-polisi ini apabila perlu diperbaharui dalam tempoh 3 bulan.

Anda boleh menghantar permohonan menerusi ejen, cawangan atau Pusat Hubungan Pelanggan kami di:


RHB Insurance Berhad
Level 12B, West Wing, The Icon
No 1, Jalan 1/68F, Jalan Tun Razak,
55000 Kuala Lumpur
Tel: 1300 220 007
Emel : rhbi.general@rhbgroup.com

4.  Bilakah saya akan mengetahui keputusan permohonan tersebut?

Sekiranya diluluskan:

  • Anda akan dimaklumkan mengenai Surat Tawaran berserta Lampiran terma dan syarat penerimaan menerusi emel.
  • Anda perlu menandatangani dan mengembalikan Surat Tawaran dan Lampiran tersebut, dan mestilah sampai kepada kami dalam tempoh bilangan hari yang dinyatakan dalam Surat Tawaran.

Kelulusan mendapatkan bantuan adalah sekali sahaja dan bagi setiap premium yang perlu dibayar, dan ia bukan diskaun/bantuan peratusan bagi polisi. Oleh itu, endorsan seterusnya tidak akan layak menerima diskaun/bantuan yang sama secara automatik. Bantuan untuk setiap endorsan seterusnya yang disertai premium tambahan adalah tertakluk kepada kelulusan Syarikat.


Sekiranya ditolak:

  • Anda akan dimaklumkan menerusi emel.
  • Baki premium belum jelas akan perlu dibayar serta-merta atau mengikut tempoh waranti premium.


Proses permohonan akan mengambil masa sehingga 10 hari bekerja.

5.  Apakah yang akan terjadi kepada perlindungan insurans sekiranya saya gagal membayar bahagian premium saya?
Anda masih bertanggungjawab membayar jumlah premium setelah ditolak sebarang bantuan premium yang sehubungan dengan terma dan syarat polisi, jika tidak Syarikat berhak untuk membatalkan polisi mengikut terma dan syarat polisi. Sebagai penegasan, sebarang bantuan premum yang diberi tidak boleh dianggap sebagai premium yang dibayar untuk polisi.
6.  Apakah yang akan terjadi sekiranya saya membuat keputusan untuk membatalkan atau mengurangkan jumlah diinsuranskan atau perlindungan polisi? Adakah saya berhak mendapat sebarang pemulangan premium?
Sekiranya berlaku pemulangan premium yang berpunca daripada endorsan atau pembatalan, amaun pemulangan akan dikira mengikut bahagian premium yang telah dibayar atau perlu dibayar oleh Pihak Diinsuranskan, tanpa mengira amaun bantuan premium yang diberi.

Mohonlah Skim Bantuan Premium COV-AID

Mohon sekarang

3

Penutupan tuntutan untuk Dana Ujian COVID-19

Kami ingin memaklumkan bahawa pembayaran balik Dana Ujian COVID-19 sebanyak RM10 juta telah digunakan sepenuhnya dan ditutup secara rasmi sekarang. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.myctf.my atau hubungi nombor Hotline MyCTF di 15500 / 1300 22 11 88.


Close

You are about to enter a third party website and RHB Banking Group's privacy policy will cease to apply.

This link is provided for your convenience only, and shall not be considered or construed as an endorsement or verification of such linked website or its contents by RHB Banking Group.

RHB Banking Group also makes no warranties as to the status of this link or information contained in the website you are about to access.