Ya, anda masih boleh memohon untuk bantuan pembayaran pinjaman / pembiayaan. Sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan, kami menyarankan agar anda membuat permohonan untuk
bantuan pembayaran secepat mungkin. Anda boleh membuat permohonan dengan melengkapkan e-borang
di sini.
Permohonan yang diterima sebelum 15 haribulan (bagi setiap bulan):
Sekiranya permohonan anda diluluskan, Bantuan Pembayaran akan bermula pada bulan berikutnya (cth. Permohonan yang diterima sebelum 15 Oktober, Bantuan Pembayaran akan
bermula pada bulan November 2020)
Permohonan yang diterima pada / selepas 15 haribulan (bagi setiap bulan):
Sekiranya permohonan anda diluluskan, Bantuan Pembayaran akan bermula 2 bulan kemudian (cth. Permohonan yang diterima pada / selepas 15 Oktober, Bantuan Pembayaran akan
bermula pada bulan Disember 2020)
Sila maklum bahawa anda masih perlu membayar ansuran bulanan anda semasa kami memproses permohonan anda. Sekiranya anda telah membuat permohonan untuk
bantuan pembayaran di antara tarikh 16 hingga 30 atau 31 haribulan dan tidak dapat membuat pembayaran untuk bulan berikutnya semasa kami memproses permohonan anda, sila
hubungi Unit Kutipan kami untuk membincangkan keadaan kewangan anda. Kami sedia untuk membantu anda:
• |
Pembiayaan ASB & Gadai janji (Harta Kediaman & Komersial)
03-2610 6000
|
• |
Pembiayaan Peribadi, Pinjaman/Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan
03-2776 3111
|
Untuk pelanggan Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam:
Permohonan yang diterima sebelum 7hb setiap bulan:
Sekiranya permohonan anda diluluskan, Bantuan Pembayaran akan diaktifkan pada bulan selepasnya (sebagai contoh Permohonan
yang diterima sebelum 7hb Januari; Bantuan Pembayaran akan bermula Februari 2020)
Permohonan yang diterima pada/selepas 7hb setiap bulan:
Sekiranya permohonan anda diluluskan, Bantuan Pembayaran akan diaktifkan selepas 2 bulan (sebagai contoh Permohonan diterima
pada/selepas 7hb Januari; Bantuan Pembayaran akan bermula pada Mac 2020)
Harap maklum bahawa anda masih perlu membayar bayaran bulanan anda sementara permohonan anda diproses.
Sekiranya anda memohon Bantuan Pembayaran antara 8hb - 30hb atau 31hb dan tidak mampu membuat bayaran untuk bulan seterusnya sementara
permohonan masih diproses, sila hubungi Bahagian Kutipan untuk membincangjan situasi terkini anda dan kami sedia untuk membantu anda:
Pembiayaan Peribadi.